Advertisement

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)


Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahuan 2023 akan dibuka mulai 24 Mac 2023 hingga 21 April 2023. Syarat Kelayakan dan Semakan Kelulusan.

Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan. Biasiswa ini adalah khusus kepada pelajar universiti awam SAHAJA.

Bidang Pendidikan Layak Memohon

Bidang pendidikan yang layak memohon biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas
  • Dini
  • Matematik
  • Sejarah
  • Geografi
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Automotif
  • Sains

Senarai Universiti

Senarai UA yang terlibat dalam biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Umur pemohon tidak melebihi 25 tahun pada tahun permohonan.
  3. Pemohon mestilah memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Pemohon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
    memohon.
  5. Penawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan.
  6. Hanya pemohon yang memilih berdasarkan bidang kursus major sahaja yang akan ditawarkan biasiswa.
  7. Untuk pemohon Bidang Bahasa Inggeris, pemohon perlu mendapat kelayakan minimum
    Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET).
  8. Bagi pemohon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, pemohon perlu mempunyai kemahiran
    berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Sijil MenengahAgama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.
  9. Bagi pemohon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia
    (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada).
  10. Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian video pembentangan oleh panel yang dilantik.
  11. Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.
  12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Tatacara Permohonan

Permohonan biasiswa perguruan ini boleh dibuat menerusi pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm selepas tarikh permohonan dibuka.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP, sila hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPM di talian 03-8321 7154/7113/7157/7136/7138 atau email ke penawaran.bb@moe.my.

Permohonan online dibuka mulai 24 Mac 2023 (Jumaat), 5.00 petang hingga 21 April 2023 (Jumaat), 5.00 ptg

Maklumat lanjut dan permohonan Klik Sini

Baca Juga : Cara Mohon IPG dan Syarat Kelayakan Disini

SENARAI PENUH BIASISWA 2023/2024 KLIK SINI

CLOSE DATE : 21 April 2023 | APPLY NOW!!

Advertisement




(Visited 1,827 times, 1 visits today)

Leave a Comment