Biasiswa JPA | Program Penajaan Dermasiswa B40
Program Dermasiswa B40 dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meringankan bebanan pelajar yang tergolong dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Fokus program ini tertumpu pada bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi dalam industri.

PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2021
Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 untuk memohon penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021. Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka mulai 12 Julai 2021 (jam 5.00 petang) sehingga 25 Julai 2021 (jam 5.00 petang). Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah :
Sila klik di sini untuk memohon
Sesi soal jawab secara langsung berkenaan permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 13 hingga 25 Julai 2021 (setiap hari bekerja)
Masa : 10.00 – 11.00 pagi (sesi pertama) dan 2.30 – 3.30 petang (sesi kedua)
Pautan google meet : https://meet.google.com/xof-yzvp-fku
Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke [email protected]
(emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
iNFO Penting Lain :-
- SENARAI BIASISWA TERKINI LEPASAN SPM/STPM 2021
- SENARAI 25 BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK PELAJAR IPT 2021/2022
