Advertisement

Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Scholarship


Kemaskini! Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Scholarship 2021 [Semakan Keputusan]

Program biasiswa SPAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. Menjadi impian SPAN untuk memupuk generasi muda yang holistik dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya bagi memenuhi keperluan sektor kawalselia air dan pembetungan negara.

Biasiswa SPAN bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Calon yang berjaya akan mendapat peluang untuk berkhidmat di SPAN selepas tamat pengajian kelak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

SPAN menawarkan biasiswa penuh dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Peringkat Ijazah pertama di universiti-universiti awam dalam bidang-bidang berikut:

1. Teknikal (Kejuruteraan, Ukur Bahan)
2. Ekonomi/Perniagaan
3. Kewangan/Perakaunan
4. Teknologi Maklumat/Data Sains

Calon-calon wajib memenuhi syarat-syarat permohonan secara umum dan khusus seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia;
2. Mempunyai kesihatan yang baik;
3. Aktif dalam aktiviti kokurikulum;
4. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.
5. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khusus berikut;
– Menduduki peperiksaan SPM 2020 yang dijalankan pada bulan Mac 2021 buat pertama kali;
– Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2020;
– Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A iaitu Bahasa Malaysia dan mana-mana 8 mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
– Memulakan pengajian peringkat Asasi/Matrikulasi sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

*CATATAN: Pemohon yang berjaya hanya akan diberikan tawaran biasiswa bersyarat sehingga mereka mendapat tawaran pengajian rasmi dari universiti awam tempatan yang diiktiraf oleh MQA.

Untuk info lanjut dan Permohonan KLIK SINI

Info Penting Lain :-

Advertisement




(Visited 7,144 times, 1 visits today)

Leave a Comment