Advertisement

Biasiswa MARA | Program Graduan Cemerlang (GrEP)


Permohonan GrEP 2021 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 19 Mac 2021 secara atas talian.

Senarai Universiti Layak Memohon

GrEP hanya ditawarkan kepada graduan yang menyambung pengajian ke universiti yang terpilih sahaja.

Bagi universiti dalam negara, senarai universiti yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Universiti Awam (UA)
  • Government Linked Universities (GLU)
    – Universiti Teknologi Petronas
    – Universiti Tenaga Nasional
    – Universiti Multimedia
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
    – Asia Pacific University Of Technology & Innovation
    – Asian Institute Of Medicine, Science and Technology
    – Berjaya University
    – City University
    – Help University
    – Infrastructure University Kuala Lumpur
    – International Medical University
    – INTI International University
    – KDU University College
    – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
    – Lincoln University College
    – Mahsa University
    – Management & Science University
    – Nilai University
    – Perdana University
    – SEGI University College
    – Sunway University
    – TATI University College
    – Taylors University
    – UCSI University
    – Universiti Tunku Abdul Rahman
    – University of Cyberjaya
    – Curtin University Sarawak Malaysia
    – Monash University Malaysia
    – Newcastle University Medicine Malaysia
    – Swinburne University of Technology Sarawak Campus
    – University of Nottingham Malaysia
    – Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK)
    – Universiti Kuala Lumpur
    – International Centre for Education in Islamic Finance
    – Manipal International University
    – Asia Metropolitan University
    – Herriot-Watt University Malaysia
    – Putra Business School
    – Quest International University Perak
    – Tunku Abdul Rahman University College
    – Widad University College
    – Linton University College
    – Kpj Healthcare University College
    – University College Bestari
    – Kuala Lumpur Metropolitan University College
    – Southern University College
    – University College Of Technology Sarawak

Untuk universiti luar negara, universiti yang terlibat adalah berdasarkan kedudukan terbaik mengikut subjek atau program dalam QS World University Ranking iaitu:

KategoriNegaraKedudukan
Negara Maju– United States
-United Kingdom
20 teratas
Negara Membangun– Denmark
– Sweden
– Norway
– Netherlands
– Finland
– New Zealand
– Switzerland
– Jerman
– Kanada
– Ireland
– Singapura
– Australia
– Perancis
– Jepun
– Portugal
– Republik Czech
– Korea Selatan
– Sepanyol
– Itali
10 teratas
Negara Sedang
Membangun
– China
– Taiwan
– India
– Rusia
5 teratas

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon GrEP 2021 adalah seperti berikut:

Syarat Umum

Para pemohon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat umum permohonan seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
    – Peringkat Sarjana dalam negara: Tidak melebihi 40 tahun
    – Peringkat Sarjana luar negara: Tidak melebihi 35 tahun
    – Peringkat Doktor Falsafah dalam negara : Tidak melebihi 45 tahun
    – Peringkat Doktor Falsafah Luar Negara: Tidak melebihi 40 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
  4. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  6. Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
  8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  9. Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

Syarat Akademik

Selain syarat umum, pemohon yang ingin memohon GrEP perlu memenuhi syarat akademik iaitu:

  • Bagi pemohon yang menyambung pengajian peringkat Sarjana dalam negara, pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
  • Untuk pemohon yang menyambung pengajian peringkat Sarjana Luar Negara, pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya dan memperolehi IELTS 6.5.
  • Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina, pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Bagi pengajian Doktor Falsafah dalam negara, pemohon pemohon perlu memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.
  • Untuk pemohon yang ingin menyambung pengajian Doktor Falsafah Luar Negara, pemohon perlu memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya dan memperolehi IELTS 6.5.

Syarat Program

Selain itu, syarat program yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Permohonan dibuka kepada pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Mei 2021.
  2. Pemohon mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  3. Pemohon mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara.
  4. Pemohon mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara.
  5. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  6. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  7. Permohonan terbuka untuk pengajian secara Sepenuh Masa sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.

Cara Memohon

Untuk memohon GrEP 2021, para pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu  https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.
  7. Kemudian, klik link berikut https://mypersonaliti.mara.gov.my/.
  8. Masukkan id pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
  9. Ikuti ujian personaliti sehingga tamat.

Adalah diingatkan bahawa permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian berikut:

  • GrEP dalam negara: 03-2613 2584/2106/2083
  • GrEP luar negara: 03-2613 2103/2054

Selain itu, pertanyaan lanjut juga boleh diajukan melalui email iaitu:

  • Permohonan dalam negara: grepdn@mara.gov.my
  • Permohonan luar negara: grepln@mara.gov.my

Untuk Senarai Biasiswa Penuh Klik Sini

Advertisement




(Visited 1,417 times, 1 visits today)

Leave a Comment