Biasiswa Yayasan Peneraju Scholarship

Sejak penubuhan pada tahun 2012, Yayasan Peneraju telah menawarkan pelbagai program pembiayaan bagi bidang perakaunan (pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa) yang disesuaikan dengan tahap kemasukan calon dari lepasan SPM sehingga golongan profesional yang sedang dan tidak bekerja. Sasaran program-program ini adalah untuk menyokong akauntan profesional yang berpengalaman menerusi pensijilan asas perakaunan profesional seperti CFAB dan pensijilan perakaunan profesional seperti ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW dan MICPA.
Bagi meneruskan usaha meningkatkan jumlah akauntan Bumiputera yang bertauliah, Yayasan Peneraju telah memperkenalkan 3 program pembiayaan skema terbaru iaitu pembiayaan tambahan atau ‘top-up’ kepada calon yang mendaftar untuk pengajian pensijilan profesional secara sepenuh masa atau separuh masa.
Kategori Pemohon
– Lepasan SPM / O-Level berumur 19 tahun ke bawah
Pensijilan
- ACCA Foundation in Accounting – ACCA
Nama Program & Jenis Pembiayaan*
- Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori A (ACCA FIA – ACCA) (Pembiayaan Penuh)
Institusi Pengajian
- Akan ditentukan oleh Yayasan Peneraju
MUAT TURUN SYARAT KLIK SINI
Kategori Pemohon
Lepasan Diploma / CAT / CFAB / STPM / Matrikulasi atau setaraf berumur 19 – 23 tahun
Pensijilan
- ACCA / ICAEW / CPA Australia Nama
Program & Jenis Pembiayaan*
- Perakaunan – Undergraduates
(Pembiayaan Separa*)
MUAT TURUN SYARAT KLIK SINI
INFO LANJUT DAN PERMOHONAN KLIK SINI
CLOSE DATE : 25 JUN 2021
Advertisement