Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara


Permohonan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi atau singkatannya PPC khusus untuk pelajar Matrikulasi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian dan berpeluang menjadi pensyarah muda boleh dipohon menerusi pautan https://apps.matrik.edu.my/sltppm/.

Pelajar yang telah menamatkan pengajian DPP dan lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan dilantik sebagai pensyarah muda di kolej matrikulasi KPM.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 12 JANUARI SEHINGGA 21 JANUARI 2026.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian bagi luar negara adalah seperti:

  • Kimia
  • Matematik
  • Sains Komputer
  • Fizik
  • Biologi
  • Perakaunan

Bagi dalam negara pula, bidang pengajian adalah:

  • TESL

Syarat Am Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat am bagi permohonan PPC Matrikulasi :

  • Terbuka kepada semua pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian di Program Matrikulasi KPM.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred minimum kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Mencapai skor minimum lapan dalam penilaian kokurikulum.
  • Tiada rekod disiplin.
  • Sihat tubuh badan.

Syarat Khas

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khas seperti berikut:

1- SYARAT KHAS BAHASA INGGERIS

Minimum gred A bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris SPM dan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) gred B2.

Dalam Negara

  • Minimum PNG 3.0 dalam PSPM Semester I Program Dua Semester atau Semester III Program Empat Semester.
  • Calon perlu memohon program Ijazah Pendidikan TESL di UM melalui UPUOnline.
  • Calon perlu lulus ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temuduga serta memenuhi syarat lain yang ditetapkan UM.

Luar Negara

  • Minimum PNG 3.5 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I Program Dua Semester atau Semester III Program Empat Semester.

2- SYARAT KHAS STEM DAN PERAKAUNAN (LUAR NEGARA)

  • Minimum PNG 3.5 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I Program Dua Semester atau Semester III Program Empat Semester.
  • Minimum gred A- keputusan PSPM dalam bidang yang dimohon dan minimum gred B keputusan SPM dalam bidang yang dimohon (Matematik Tambahan/Fizik/Kimia/Biologi/SainsKomputer/ Perakaunan).
  • Mendapat keputusan minimum gred B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) gred B2.

Tawaran Bersyarat Bahagian Tajaan Pendidikan

Luar Negara

  • Memperoleh keputusan minimum 6.5 dalam International English Language Testing System (IELTS).
  • Disahkan sihat melalui Laporan Pemeriksaan Kesihatan oleh hospital/klinik kerajaan atau swasta.
  • Diterima masuk ke universiti luar negara yang ditetapkan oleh KPM.
  • Hadir dan lulus Kursus Persediaan Pelajar di pusat yang telah ditetapkan oleh KPM.

Dalam Negara

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Disahkan sihat melalui Laporan Pemeriksaan Kesihatan oleh hospital/klinik kerajaan atau swasta.
  • Diterima masuk ke Universiti Malaya seperti yang ditetapkan oleh KPM.

Cara Memohon

Pelajar yang berminat untuk memohon tawaran biasisa Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2026 ini boleh menghantar permohonan secara dalam talian melalui portal Matrikulasi KPM di pautan https://apps.matrik.edu.my/sltppm/.

Taklimat Permohonan

Taklimat permohonan akan dibuat seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh: 8 Jan 2026 (Khamis )
  • Jam: 10:00 pagi hingga 4:30 petang
  • Youtube: Jom Masuk Matrik

Soalan Lazim

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC)

1. Apakah itu Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC)?

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) adalah tajaan Biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dan Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara mengikut syarat yang ditetapkan khususnya bagi memenuhi keperluan perkhidmatan khususnya untuk perkhidmatan keguruan di KPM setelah pelajar tamat belajar kelak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila ikuti saluran berikut:

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara – KPM

MOHON SEKARANG!! MOGA BERJAYA… | Untuk Senarai Penuh Biasiswa KLIK SINI

Advertisement




(Visited 1 times, 1 visits today)

Leave a Comment