Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi Scholarship
30th May 2022
Tawaran Permohonan Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
Tawaran ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Penerima Biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut
pada tarikh tutup permohonan :
1.1 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan
(Sarjana/ Dr. Falsafah)
1.2 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama
1.3 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma
2. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)dan Malaysian Qualification Agency (MQA)
di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej
Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal
seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada
pengajian di IPTA sahaja.
3. Tidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana-mana institusi/
agensi kerajaan/ swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
4. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/ berpendapatan tetap.
5. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa
di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Dr. Falsafah
dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.
6. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
6.1 Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet
IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara
(perlu lampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara) pada
semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang
sedang mengikuti pengajian di IPT.
6.2 Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan
ke atas di mana-mana IPT.
7. Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian
sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan
Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau
PINGAT EMAS di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum
tarikh tutup permohonan.
8. Bagi penawaran tahun ini, atlet yang mewakili Negeri ke kejohanan
kebangsaan atau SUKMA 2022 adalah layak untuk mengemukakan permohonan.
ELAUN DAN KEMUDAHAN
1. Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
2. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan
amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan.
3. Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan.
Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa) RM 12,000 setahun /
RM 6,000 satu semester
Kategori 2 (Atlet Senior/ Junior Antarabangsa) RM 6,000 setahun /
RM 3,000 satu semester
Kategori 3 (Atlet Kebangsaan) RM 3,000 setahun /
RM 1,500 satu semester
4. Perlindungan insuran sukan.
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang
rasmi Kementerian di url https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/
daripada 25 Mei hingga 8 Jun 2022.
2. Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA dan
DIWAJIBKAN memuat naik Surat Tawaran Pengajian.
3. Pemohon perlu memuat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negeri atau
Majlis Sukan Negara sekiranya ada.
4. Pemohon perlu mencetak salinan permohonan sebaik sahaja melengkapkan
permohonan.
5. Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa
bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran
Pengajian yang telah disahkan oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT
dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
6. Permohonan yang tidak lengkap adalah tidak layak dipertimbangkan.
MOHON SEKARANG!! | UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA KLIK SINI
Advertisement(Visited 1,510 times, 1 visits today)
Biasiswa 2022Permohonan Biasiswa Menteri Pengajian TinggiScholarships 2022Tawaran Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi