Advertisement

Biasiswa JPA – Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) 2024 – Semakan Kelayakan


Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) merupakan program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada 200 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

SEMAKAN KELAYAKAN KE SESI PENILAIAN SAC PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN
TAHUN 2024

Semakan boleh dibuat pada 19 Jun 2024 bermula jam 12.00 tengahari hingga 21 Jun 2024 jam 11.59 malam

Link semakan :

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=JKPJ

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
  • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

  • Perincian mengikut bidang seperti dalam garis panduan semasa pelajar berkelayakan memohon.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Permohonan

KEMASKINI TAWARAN PENAJAAN PROGRAM KHAS JPA JKPJ BAGI PELAJAR SPM 2023

PROGRAM KHAS JPA-JKPJ TAHUN 2024 – KLIK SINI

PERMOHONAN PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ) TAHUN 2024   

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2023 untuk memohon penajaan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2024. Permohonan adalah secara dalam talian akan dibuka bermula 27 Mei 2024 (jam 2.00 Ptg) sehingga 9 Jun 2024 (jam 5.00 ptg). Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah:

Iklan JKPJ

FAQ JKPJ

Sila klik di sini untuk memohon

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke lepasanspm2023@jpa.gov.my
(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti dibawah:

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus
permohonan seperti berikut:


3.1 Syarat Umum
(i) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan
Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;

(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;

(iii) Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang
dalam tindakan undang-undang oleh JPA;

(iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana
agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;

(v) Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di manamana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah
swasta atau calon-calon persendirian; dan

(vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan)
pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.


3.2 Syarat Khusus
Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah
seperti di LAMPIRAN 1.

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/syaratPermohonan.php?program=JKPJ&auth=4633

KLIK SINI UNTUK INFO SYARAT KELAYAKAN DAN LAIN-LAIN

Sila Klik Di sini Untuk TERUS Memohon

Advertisement




(Visited 49,590 times, 3 visits today)

Leave a Comment